khairiaziz
Posts : 9 Join date : 2008-07-23
| Subject: RAHSIA KELAHIRAN Sun Aug 10, 2008 11:29 pm | |
| Mengira tarikh lahir dan ketahuilah personaliti anda. Caranya dengan menambah kesemua angka tarikh lahir sehingga ia menjadi satu angka Contoh: 03/05/2005 = 3 + 5 + 2005 = 2013 seterusnya, 2 + 0 + 1 + 3 = 6 Nombor = 6 (Jadi nombor lahirnya ialah 6) Contoh: 29/11/1987 = 29 + 11 + 1987 = 2027 seterusnya, 2 + 0 + 2 + 7 = 11 oleh itu, 1 + 1 = 2 Nombor = 2 (Jadi nombor lahirnya ialah 2)
SELAMT MENCUBA
1. Ketulenan • Hadir dengan idea baru. • Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. • Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. • Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai • Dilahirkan sebagai diplomat. • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. • Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria • Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. • Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. • Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. • Mereka sangat popular dan idealistik. • Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif • Golongan ini sangat peka dan tradisional. • Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. • Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. • Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. • Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar • Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. • Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis • Mereka adalah perintis. • Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). • Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. • Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. • Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. • Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik • Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. • Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. • Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. • Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. • Mereka suka seni musik. • Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. • Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual • Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. • Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. • Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. • Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. • Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. • Mereka sangat suka berahsia. • Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian • Golongan ini adalah penyelesaian masalah. • Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. • Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. • Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. • Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. • Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon • Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. • Mereka sangat penyayang dan pemurah. • Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. • Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. • Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. • Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). • Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. | |
|